Muhammad Hazwan
Portfolio projek digital

Sistem digital untuk operasi sebenar.

Saya bina sistem untuk affiliate, pesanan dan akses pelanggan.

Projek terpilih

Tiga sistem untuk operasi digital.

Daripada kempen affiliate dan pesanan kepada pengalaman pelanggan selepas pembelian.

01 / SISTEM AFFILIATE

Sistem Rezeki Digital

Platform affiliate yang menghubungkan prestasi kempen dengan pengurusan komisen. Affiliate boleh melihat lawatan, leads dan komisen; pentadbir boleh menyemak batch payout.

Cabaran

Prestasi setiap affiliate dan pembayaran komisen perlu dipantau secara tersusun.

Fungsi utama

Dashboard affiliate, direct dan viral leads, kiraan komisen, batch bayaran serta laporan.

Pengguna

Affiliate yang mempromosikan kempen dan pentadbir yang mengurus payout.

Hasil kerja

Aliran prestasi dan payout dapat dilihat dalam satu sistem yang mesra telefon.

02 / SISTEM PESANAN

Sistem Ordering

Sistem untuk mengurus pesanan selepas pelanggan membuat checkout. Status bayaran, resit dan pesanan yang memerlukan follow up dapat dipantau dari satu tempat.

Cabaran

Pesanan yang belum selesai mudah terlepas apabila semakan resit dan susulan dibuat secara manual.

Fungsi utama

Senarai dan carian pesanan, status bayaran, peringatan follow up, tindakan WhatsApp dan statistik jualan.

Pengguna

Pentadbir yang menyemak pembayaran dan mengurus komunikasi pelanggan.

Hasil kerja

Pesanan yang perlu tindakan lebih jelas, dengan ringkasan jualan mengikut tempoh.

03 / AKSES PRODUK DIGITAL

Sistem Akses Audio 72 Jam

Halaman akses peribadi untuk pelanggan Audio Air Penawar Sufi DIY. Pelanggan mendengar audio arahan terlebih dahulu sebelum audio khas dibuka. Tempoh 72 jam bermula apabila audio khas dimainkan kali pertama.

Cabaran

Panduan penggunaan dan masa akses audio perlu jelas bagi setiap pelanggan.

Aliran pelanggan

Dengar arahan sehingga selesai, buka audio khas, kemudian gunakan audio dalam tempoh akses 72 jam.

Pengurusan akses

Pentadbir boleh menjana pautan pelanggan peribadi serta melihat status mula dan tamat akses.

Hasil kerja

Pengalaman mendengar audio dan aturan tempoh akses digabungkan dalam satu halaman yang mudah diikuti.

Pengurusan akses admin

Paparan ilustrasi berdasarkan skrin admin. Maklumat pelanggan dikeluarkan.

ADMIN
Customer audio access
Cipta akses pelanggan
Jana pautan peribadi
Akses pelanggan
PelangganPautan peribadiTempohStatus
—72 jamBelum mula
Admin boleh menjana pautan peribadi serta melihat bila akses bermula dan tamat.

Paparan di atas ialah contoh fungsi sistem. Angka dalam screenshot menunjukkan keadaan pada masa gambar diambil.

Tentang saya

Sistem yang dibina daripada pengalaman operasi sebenar.

Pengalaman dalam jualan dan pemasaran produk pendidikan digital membantu saya membina sistem untuk kempen affiliate, pengurusan pesanan dan akses pelanggan.

Cara saya bekerja · Dari pemasaran ke operasi
Rekod jualan 2025RM113,980

Di samping membina sistem, saya mengurus leads dan follow-up pelanggan melalui kumpulan WhatsApp untuk kempen pendidikan digital. OnPay merekodkan jualan RM113,980 sepanjang 2025.

Screenshot carta jualan OnPay tahun 2025 dengan jumlah RM113,980.
Kemahiran IT

Menukarkan aliran kerja perniagaan kepada sistem yang mudah digunakan.

Perancangan sistem

Menyusun langkah, pengguna dan maklumat yang diperlukan sebelum membina workflow.

Dashboard pentadbir

Mengurus pesanan, leads, payout dan akses pelanggan dalam satu paparan.

Data & workflow

Menyusun rekod dan proses serahan supaya operasi harian lebih mudah dijejaki.

Testing & penambahbaikan

Menguji aliran pada telefon, mengenal pasti masalah dan memperbaiki pengalaman pengguna.

Pesanan pelanggan→Semak bayaran→Kemas kini admin→Akses diberi
Hubungi saya

Mari bina workflow yang lebih tersusun.

Terbuka untuk peluang IT, system support dan digital operations.

wankai98.wk@gmail.com

Muhammad Hazwan

Sales, marketing dan pembangunan aliran kerja digital.

Kembali ke atas